Tuesday, May 4, 2010

(TERKINI) KAAMATAN UPKO SEPANGGAR


DOMPOK AKAN RASMI KAAMATAN UPKO SEPANGGAR


INANAM, 5 Mei 2010: Tan Sri Bernard Dompok akan memeriahkan lagi perayaan Tadau Kaamatan Upko Sepanggar 2010 pada 22 Mei ini.

Presiden Upko itu akan merasmikan pesta itu, sekali gus menyaksikan pertandingan akhir Sugandoi serta Unduk Ngadau, kata Pengerusi Penganjur, Albert Bingkasan (gambar).

“Kami merasa terharu dan sangat berterima kasih dengan kesudian Tan Sri Presiden meluangkan masa bersama kami di Sepanggar. Kehadiran beliau pasti akan menjadikan Tadau Kaamatan lebih meriah dan bermakna,” tambah beliau.

Pesta itu akan bermula pada jam 6 petang (dan bukan jam 2 seperti berita awal) dengan akhir Sugandoi serta makan malam dan acara kemuncak Unduk Ngadau di New Gaya Seafood Restaurant.

“Setakat ini, sambutan untuk Sugandoi dan Unduk Ngadau sangat baik seperti yang kami jangkakan,” kata Bingkasan, sambil menambah, selain mendapat hadiah lumayan, para pemenang kedua-dua acara ini akan mewakili Upko Sepanggar ke Pesta Tadau Kaamatan Upko Nasional di Keningau pada 28-29 Mei nanti.

Peringkat awal pertandingan itu akan bermula jam 2 petang pada 19 Mei juga di tempat yang sama.

Bingkasan menerangkan sesuai dengan semangat Tadau Kaamatan iaitu merayakan pengorbanan Huminodun serta merayakan hasil tuaian, pihak penganjur sudah pun mula menjual tiket makan malam.

Keterangan lanjut boleh didapati di Pejabat Upko Sepanggar (088-432760), blog http://upkosepanggar.blogspot.com atau facebook UpkoSepanggar, manakala borang-borang masih boleh diambil di kedai Zoom Enterprise Inanam, Turning Point Unisex Saloon, Menggatal serta Sing Store, Telipok.

No comments:

Post a Comment