Tuesday, April 20, 2010

TAHNIAH

Anak Sheikh
Tahniah kepada UPKO Spanggar..menggunakan FB secara yg sepatutnya..berbeza dgn parti2 "BESAR" yang lain..meniggunakan FB untuk memfitnah dan menyebarkan berita2 yang tidak sepatutnya didedahkan kepada masyarakat..untuk kempen yang mulia ini..pujian yg tidak terhingga saya berikan kepada warga UPKO Sepanggar yg terlibat..semoga TUHAN sahaja yg dapat membalas segala kebaikan yg diberikan..


(Meski pun baru setahun jagung, blog serta facebook
UpkoSepanggar sudah membuahkan pelbagai
pengalaman serta persoalan baru. Yang terbaru ialah
komen di atas. Kami budak baru belajar....)

Thursday, April 15, 2010

DARAH SETITIK

AJK Kempen menderma darah yang diketuai oleh Frieda P Polodo
(duduk, tengah) yang telah melakukan apa terdaya untuk memastikan
kempen pada 24 April itu nanti akan berjaya memberikan walau setitik
harapan kepada yang memerlukan terutama pesakit Thalasemia.

UNITED PASOKMOMOGUN KADAZANDUSUN MURUT ORGANIZATION
BAHAGIAN SEPANGGAR
Tingkat 1, Lot 26, Blok F, Inanam Newtownship Phase 2
88450 Kota Kinabalu
Tel & Fax : 088 432760
UPKO / P.171 / S / 500 – 04
25hb Mac 2010

Kepada Semua
Ahli-Ahli UPKO
UPKO Bahagian Sepanggar

U/P :___________________________________

Tuan / Puan / Cik,

JEMPUTAN KE KEMPEN DERMA DARAH
ANJURAN PERGERAKAN WANITA UPKO SEPANGGAR

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pergerakan Wanita UPKO Sepanggar akan menganjurkan Kempen Derma Darah pada
24hb April 2010 (Sabtu) bermula jam 10.30 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Ruang Legar GIANT Supermarket, Kolombong, Inanam.

Kempen Derma Darah ini telah dianjurkan bersama dengan Unit Tabung Darah, QEH dan Persatuan Thalasaemia Sabah bagi tujuan mengutip darah untuk mengisi Tabung Darah di Queen Elizabeth Hospital dan juga untuk membantu keperluan penambahan darah kepada para pesakit Thalasaemia. (sila rujuk kepada risalah yang dikepilkan bersama mengenai dengan dengan penyakit Thalasaemia)

Sehubungan dengan kempen ini, saya bagi pihak Jawatankuasa Penganjur ingin menjemput Tuan / Puan / Cik agar dapat sama menjemput kepada kawan-kawan dan sahabat handai untuk tampil ke hadapan untuk menderma darah bagi menjayakan usaha murni ini.

Sekian, kerjasama serta perhatian Tuan / Puan / Cik untuk menyertai dalam program ini didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

“HARAPAN 1MALAYSIA” & “SETITIK DARAH, SEJUTA HARAPAN”

Yang menjalankan tugas,

( WONG THIEN FOOK )
Setiausaha bahagian

s.k. YBhg. Datuk Steven K. Kutai, Ketua Bahagian Penaja UPKO Sepanggar
s.k. Puan Frieda P. Polodo, Pengerusi Penganjur Kempen Derma Darah

APAKAH ITU PENYAKIT TALASEMIA (THALASAEMIA) ?

Talasemia (bahasa Inggeris – Thalasaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari ibu bapa kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit Talasemia berasa lesu, tidak bermaya dan mungkin sesak nafas sekiranya paras Hb semakin menurun. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

JENIS TALASEMIA

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu :-

· Talasemia minor – merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen Talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda Talasemia atau pembawa

· Talasemia major – merujuk kepada mereka yang mempunyai baka Talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda Talasemia

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT TALASEMIA

· Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan;

· Tubuh pucat, lemah dan gelisah;

· Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas;

· Perut buncit disebabkan bengkak kepada hati dan limpa;

· Perubahan pembentukan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal (tanda lewat)

RAWATAN PENYAKIT TALASEMIA

· Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan;

· Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut;

· Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine;

· Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Thursday, April 8, 2010

BRENDA KE AMERIKA


TAHNIAH. SYABAS. KIHOOOIIIIII. CONGRATS. Salah seorang generasi muda dalam Upko Sepanggar akan ke Amerika Syarikat minggu hadapan. Yes! Yes! Yes!

Kawan-kawan peminat sukan, malah semua warga Sepanggar, seterusnya Negeri Sabah dan Malaysia, TAKE NOTE!

Try remember this name: BRENDA APHOHADIOUS PALADIUS (gambar tengah).

Sumandak berumur 16 tahun ini akan mewakili Negara tercinta kita ini ke Malaysia – USA Women Soccer Excange Programme di AS pada 15-27 April 2010.

Brenda, seorang pemain tengah, telah menyerlah dalam klinik pemilihan di Pahang dan Sabah yang dikendalikan oleh empat jurulatih dari AS pada 18-24 Jun 2009.

“Saya mencuba apa yang terdaya semasa pemilihan itu. Lawatan dan latihan di Amerika itu pasti mampu menyuntik semangat saya untuk bergiat dalam sukan. Terima kasih kepada FAM dan pihak Amerika. Terima kasih juga kepada Upko Sepanggar,” kata beliau yang ditemui di Inanam selepas menerima sumbangan wang saku daripada Upko Sepanggar.

“Kejayaan ini (terpilih ke AS) saya dedikasikan kepada bapa, ibu dan famili tercinta serta semua yang terlibat. Mohon doa dari semua,” katanya lagi selain menitipkan salam kepada Ketua Upko Sepanggar, Datuk Steven K Kutai melalui Setiausaha Upko Sepanggar, Wong Thien Fook (kanan).

Paladius (kiri) juga bersyukur kerana anaknya mempamerkan komitmen tinggi dalam sukan.

“Mungkin Brenda agak sedih hari ini kerana pasukan yang disokongnya Manchester United terkeluar daripada Champions League pagi tadi, tetapi lawatan ke US ini bakal memberikan faedah tinggi kepada dia,” katanya.

Monday, April 5, 2010

SIAPA TUDUH SIAPA

PILIHAN Raya Kecil Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April 2010 ini. Pelbagai perkara menarik sudah berlaku walaupun penamaan calon hanya akan diadakan 17 April ini. Posting di bawah adalah salah satu yang terbaru....kami hanya mahu belajar

APA PERANAN MAFREL?
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta mengkaji semula peranan Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel) yang membidas tindakan kerajaan pusat meluluskan pelbagai projek perumahan dan sekolah di Hulu Selangor baru-baru ini.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kenyataan yang dibuat Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh mengenai isu berkenaan adalah berat sebelah dan lebih kepada mewakili suara pembangkang.

Menurut Noh dakwaan Mafrel bahawa Barisan Nasional (BN) melanggar undang-undang pilihan raya juga dilihat seolah-olah badan bebas itu tidak memahami sepenuhnya bidang kuasa mereka, undang-undang SPR, kuasa polis dan kuasa kerajaan tempatan.

"Mafrel pun tidak faham dari segi bidang kuasa mereka, tidak faham mengenai undang-undang SPR, mengenai kuasa polis, kuasa kerajaan tempatan. Apa kena mengena ia (Mafrel) minta SPR untuk ambil tindakan, ini belum lagi pilihan raya.

"Kalau ia (Mafrel) tidak puas hati, patutnya laporan kepada polis atau kerajaan tempatan. Tapi saya rasa Mafrel pun tidak turun padang dan lihat keadaan di Hulu Selangor sekarang. Siapa yang banyak naikkan bendera? Malah semalam pun Penasihat PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) turun ke Sungai Tinggi untuk berkempen," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, Isnin.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor mengulas kenyataan Pengerusi Mafrel yang mengatakan tindakan kerajaan BN mengumumkan peruntukan dan pelbagai projek perumahan dan sekolah, seolah-olah tidak menghormati proses pilihan raya demokratik dan menggesa SPR bertindak tegas terhadap BN.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya Mafrel betul-betul mahu memainkan peranan sebagai badan bebas, mereka sepatutnya turut menegur kerajaan negeri di mana pada hari yang sama turut menyampaikan sumbangan dan bantuan pada satu majlis yang dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Mengapa hanya kerana pemimpin persekutuan turun memberikan peruntukan, hendak dipersoalkan sedangkan Menteri Besar (Selangor) sendiri pergi turun (padang) bagi geran tanah, kenapa tidak menegur kerajaan negeri. Apa juga yang dibuat oleh kerajaan persekutuan semuanya salah dan kerajaan negeri tidak ditegur sama sekali.

"Kerana itu, Mafrel terutama pengerusinya tidak layak sama sekali untuk menjadi badan pemantau bebas. Belum ada kuasa penuh sudah buat teguran. Kalau diberi kuasa sebagai badan bebas pun, sudah tidak bebas lagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee pula menasihatkan Mafrel supaya tidak menjadi "penyibuk yang bermusim" dengan terus-menerus mengkritik usaha kerajaan untuk membela nasib rakyat.

Beliau berkata Mafrel boleh mengemukakan laporan lengkap kepada SPR jika mereka mendapati kerajaan tidak telus dalam menghadapi pilihan raya kecil atau umum.

"Setiap kali berlakunya pilihan raya umum atau kecil, Mafrel akan mendesak SPR mengambil tindakan tegas terhadap kerajaan BN yang dakwa mereka tidak telus tetapi selepas itu mereka akan senyap.

"Ini menunjukkan Mafrel sebenarnya badan bebas yang jadi kuda tunggangan pembangkang yang sibuknya bermusim, sekadar untuk memanaskan keadaan," katanya dalam kenyataan di sini.

Syed Ali berkata organisasi berkenaan sepatutnya sudah membentangkan laporan mengenai pemerhatian mereka terhadap proses pilihan raya kepada SPR.

"Tetapi saya difahamkan sehingga ke hari ini SPR tidak pernah pun menerima laporan daripada Mafrel mengenai perjalanan pilihan raya di negara ini, jadi apa sebenarnya yang mereka pantau?," katanya.

Beliau juga mahu keanggotaan Mafrel didedahkan kepada umum supaya rakyat dapat menilai sejauh mana kebebasan badan itu atau hanya mengikut telunjuk pembangkang semata-mata.

-- BERNAMA

Thursday, April 1, 2010

KAMI BERDOA

MUNGKIN kami tidak berkesempatan mengenali dia
Namun, kami diberitahu, SONY JOIKON pernah berjuang di sini
Dia pernah menjadi AJK Bahagian Pemuda Upko Inanam
Isnin lalu, 29 Mac 2010
Kami diberitahu, beliau telah mendahului kita
Ingatan kami, doa kami, tangisan kami
Bersama ahli keluarga Sony

Kami bertekad meneruskan perjuangan
Bukan sahaja perjuangan Sony tetapi semua ahli, pemimpin Upko

Sesungguhnya, hidup kita ini kekadang begitu singkat
Dalam sekelip mata, kita tidak bernafas lagi
Kami komited melakukan yang terbaik

Sesungguhnya, semangat mereka yang terdahulu, kami harapkan
Dalam hari hari mendatang
Biarlah nafas ini seiring dengan langkah ke hadapan
Setiap kita, setiap insan

Allah Tuhan, berkati Sony. Tabahkan famili, orang-orang tercinta.