Showing posts with label RAKYAT DULUAN. Show all posts
Showing posts with label RAKYAT DULUAN. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

RAYA AIDILFITRI


PIHAK Admin Upko Sepanggar (US), kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia di Sabah yang merayakannya.
Sejak dahulu lagi, pihak US senantiasa bersama-sama dalam merayakan Hari Raya ini.
Pada 7 Sept 2010, Ketua US Datuk Steven K Kutai yang diiringi oleh Setiausaha US Wong Thien Fook dan Ketua Komulakan US Macmanus Sing meluangkan masa untuk turut serta berbuka puasa dengan kawan-kawan di Kg Lokub.
Mereka berkunjung ke rumah Encik Jainuddin Hj Shamsuddin.
Raya ini, US akan juga memeriahkan rumah terbuka di mana yang terdaya.
SELAMAT HARI RAYA kepada semua.
God bless us all


Wednesday, June 16, 2010

LUAHAN HATI

DALAM perjalanan kami, dalam senyap dan hampir undercover, banyak perkara yang kami dengar. Ada yang baik. Banyak juga yang tidak bagus. Dan kami kira itu lumrah kehidupan. Uncle Wong Thien Fook pernah berkata, kita tidak perlulah mengungkit kisah lama. Pengalaman lalu biarlah menjadi pedoman untuk kita hari ini, mencarta apapun juga yang kita ingin lakukan untuk hari esok. Tks so much kepada Uncle Zeno Peter kerana luahan hati beliau dalam fb Upko Sepanggar yang kami post di sini.... demi tulun tokou

KELUHAN RAKYAT


Salam sejahtera tuan...saya rakyat biasa yang hanya tahu mengikuti perkembangan semasa dan tidak terlibat dengan kisah² politik orang² kenamaan dan orang² besar macam tuan dan datuk²...

saya berani katakan yang kebanyakan ahli politik di sabah ini hanya penting diri dan bukan untuk perjuangan sebenar kerana apa yang saya baca dan menganalisa sendiri kita da sabah hanya ikut telunjuk dan hanya ikut arahan...
dulu sabah bukannya negeri termiskin tetapi sekarang lain jadinya...banyak tanah di teroka oleh orang seberang dan mereka katakan sabah ini lubuk bagi mereka untuk di hancurkan....ramai orang² kaya dari semenanjung berhijrah ke sabah dan membeli tanah dengan mudah tetapi kami yang orang dikatakan orang kelas bawahan sukar mendapatkan permohonan tanah sedangkan kita ini sepatutnya di beri keistimewaan bukan orang kita tidak berusaha..
kalau ikut cerita di kedai kopi memang ada juga logic nya cerita² ketidak puashatian dan macam² lagi..
di tenom ini sahaja orang asing lebih maju berniaga dapat membuka lebih dari 1 kedai.. sedangkan orang kita masih jauh ketinggalan...kenapa negeri kita masih miskin? sedangkan kita masih pengeluar minyak di malaysia?
apa yang pemimpin kita sedang usahakan ? logicnya kalau ikut macam brunei tentu kita lebih kaya dari negeri lain..orang kampung pun boleh berniaga kalau ada modal..ada tanah untuk di usaha...
bagi saya pembangunan yang saya harap bukannya bangunan yang tinggi² atau prasarana/inftrastruktur tapi kemajuan dari segi taraf hidup...
sekarang politik kita pun macam masing² mau jadi presiden party macam tidak satu hati..masing² mau menang..masing² buat kaamatan...masing² mau menjatuhkan orang² sendiri...
macam tidak cukup makan pula mau rebut² ni ketaralah orang politik pun tidak cukup makan ...
orang politik masing² mau bersaing tapi orang kampung menderita cuma jual hasil hutan, jual lada padi yang mungkin bukan mereka tanam tapi mungkin dari burung punya hasil.. di jual di tamu minggu di jual dengan harga RM 1 seplastik.. jual umbus (pucuk ubi)...

makin panjang pula saya punya komen ini..
apa² pun saya mohon maaf kerana terkasar bahasa

terima kasih/pounsikou/kotohuadan/paningkuanganan

dari
orang susah.
zeno peter

Wednesday, June 2, 2010

KG RATAU KERING

FACEBOOK Upko Sepanggar telah mendapat mesej daripada Encik Pius Subil, salah seorang penduduk Kg Ratau, Menggatal minggu lalu. Beliau mengeluh kerana sudah dua tahun mereka tidak mendapat bekalan air daripada Jabatan Air.
Pihak admin US telah forward perkara itu kepada AJK Upko Sepanggar dan Datuk Steven Kutai telah meminta agar perkara itu disiasat serta merta. Justeru, pada jam 12.30ptg hari ini (Khamis, 3 Jun 2010), setiausaha Wong Thien Fook telah "busy body" berkunjung ke Ratau. Uncle Wong telah bertemu kawan veteran beliau, Selamat Gutung yang berkata, memang mereka tidak menerima air daripada kerajaan sejak sekian lama.
Uncle Wong juga mendapat tahu bahawa Ketua Kampung kini uzur, manakala Pengerusi JKKK selalu berada di luar kawasan dan jarang ada di Kg Ratau.
Yang menyedihkan lagi, Ratau selalu banjir tetapi mereka kekeringan air minum untuk menenangkan dahaga mereka.
Uncle Wong juga notis bahawa jalan masuk ke kampung itu melewati Kg Tebobon. Dan masyarakat Kg Ratau memohon agar jalan masuk alternatif, yang dibina semasa Datuk Steven masih ADUN segera diperbaiki.
"Kisah seperti ini bukanlah hanya di Kg Ratau, tetapi juga di beberapa kampung di Parlimen Sepanggar. Kita akan berusaha yang terdaya untuk membantu mencari serta memberikan penyelesaian yang terbaik," tegas Uncle Wong.