Tuesday, December 13, 2011

DAULAT TUANKU


Tuanku Abdul Halim Lafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-14

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah pada Selasa melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa berusia 43 tahun.


Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lepas untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa Selasa, bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada Isnin.


Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957.


Istiadat ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 Nov lepas.


Upacara bermula pada 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.


Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim, yang memakai pakaian diRaja Kedah yang dikenali sebagai 'Sikap' yang terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.


Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.


Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menjadi saksi.


Istiadat ini juga melibatkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.


Ia diikuti bacaan doa dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian memohon menangguhkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke suatu masa yang ditetapkan.


Ini disusuli istiadat menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan oleh Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong, diikuti dengan pembacaan pengisytiharan tersebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Istiadat diteruskan dengan Sultan Muhammad V menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan diikuti dengan Najib membaca pengisytiharan tersebut.


Istiadat ini dihadiri oleh Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.


Turut hadir kesemua empat Yang Dipertua Negeri, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet serta ketua-ketua jabatan.


Istiadat yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 diakhiri dengan bacaan doa dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.


Tuanku Abdul Halim kemudian menerima menghadap menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan yang diketuai oleh Najib di Bilik Seri Mahkota.


-- BERNAMA

Tuesday, November 15, 2011

NAJIB BAGUS

PIHAK admin US masih budak-budak ingusan ketika Datuk Harris menjadi Ketua Menteri Sabah. Tetapi melalui pelbagai bahan bacaan dan cerita politik, kami merasa sudah cukup kenal dengan dia. Apa pun, biarlah kenyataan beliau yang terbaru ini menjadi papan tanda dalam perjalanan politik kita semua. kihoiiiiiii

HARRIS: SABAH BE BETTER UNDER NAJIB
KOTA KINABALU, Nov 15 (Bernama) -- Former Chief Minister Datuk Harris Salleh opines that Sabah will enjoy a bright future under the government of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said unlike his predeccesors, Najib was more open to transformation in all aspects for the good of the people, the state and the country.


"I can see Najib is a good man, kindhearted and honest. Of course other leaders are honest but Najib is more concerned about the well-being of the people and the country as can be seen (through his transformation programmes," he told a media conference, here today.


Withiout elaborating further, Harris said the people had placed high hopes on the Prime Minister to deliver the goods, especially in addressing some of the pressing issues facing the state.


"Najib should be able to do something about it...but it takes time because he inherited a lot of long-standing problems," he said.


Citing the issue of Borneonisation, which give priority to Sabahans to head Federal departments and agencies in the state, Harris said: "If the Prime Minister knows about this, surely he will do something to correct it".


"This is not a question of honouring the agreements (during the formation of Malaysia (in 1963) but the Federal govermnent must recognise the ability of Sabah people in the Federal civil service in the state.


"It has been more than 40 years now (since Sabah gained independence) and I believe many Sabahans by now are qualified to take up the posts of head of departments or agencies," he said.


In this respect, he urged the Federal government to increase by more than 50 per cent the number of Sabahans heading Federal departments and agencies in the state, next year.


On the request by state leaders including from opposition parties to the Federal government to revise the oil royalty from five percent to no less than 20 per cent, Harris, who supported it, expressed confidence that the issue could be discussed further with a view to finding a solution in an amicable way. -- BERNAMA

Sunday, November 13, 2011

NO GE THIS YEAR

PADA 11.11.11 yang lalu, segelintir orang, terutama daripada parti pembangkang meramalkan YAB Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum ke-13. Walau bagaimana pun, Datuk Seri Najib Razak, yang dikatakan meminati nombor 11, tidak berbuat demikian. Kami di US berpendapat tarikh PRU itu bukanlah yang terpenting. Yang lebih mustahak ialah tahap kesediaan BN terutama US untuk membantu memenangi Sepanggar, Inanam dan Karambunai. Dan US yakin, BN kekal segar dihati rakyat. Kihoiiiii

KUALA LUMPUR, 11.11.11: Speculation that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak would announce the dissolution of Parliament today paving the way for the next general election, did not materialise.

The Umno president said the meeting only discussed measures to strengthen the national coalition so that it would emerge stronger to face the election.
"We have also discussed about the importance of us returning to the spirit and BN's principles of respecting one another," he said after the meeting at Menara Dato' Onn here.
He said the discussion also centred around issues of common interest "so that we can come up with consensus on how to tackle issues, either sensitive or otherwise."
The prime minister pointed out that there were statements on party matters or issues which could be made openly but not to the extend of touching the sensitivities of other parties.
He was also asked on the stand taken by the MCA which was reportedly against the proposal to allow Malaysians abroad to vote in the coming election on grounds that they have lost touch with the country for a long time.
Najib said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek had explained the matter to him today.
The MCA was concerned over the implementation of such proposal as it involved logistics due to the fact that the voting process would involve about 800 parliamentary and state seats.
"So, BN is not opposed to it but BN wants to highlight the enormous difficulty in implementing it," noted Najib.
When met by reporters after the meeting, Dr Chua said if the proposals were implemented, it would involve sending about 800 ballot boxes abroad.
There would also be a need to send party representatives and observers to monitor the voting process and this would involve enormous cost, he said, adding
that the MCA was concerned that this could give rise to doubts or accusation on the validity of the process. -- BERNAMA

Tuesday, March 15, 2011

KIONSOM BANJIR




Banjir. Kg Kionsom dilanda bencana alam. 8 Mac 2011.
"Tidak lama bah itu hujan, dalam dua jam saja," dorang bilang.
"Nasib lagi hari belum gelap. Kalau malam atau awal pagi, aiyoooo."
Sebanyak 29 rumah rosak. Dua buah - milik Henry Gunau dan Jimmy Lim - musnah.
Datuk Steven Kutai, ketua bahagian Upko Sepanggar telah melawat,
sekaligus memberikan sumbangan ala kadar kepada para mangsa.
Bencana alam. Mungkin boleh dielakan. Mari belajar dari alam.
Teruskan usaha. Dan doa. Juga untuk Jepun yang menderita 11 Mac.

Monday, December 20, 2010

TAKZIAH KEPADA KELUARGA JOHNNY NG

KAMI pihak admin US dengan penuh dukacita ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Bendahari US, uncle Johnny Ng kerana pemergian bapa beliau pada Khamis lalu. Pengkebumian telah dilangsungkan hari ini.
Uncle JN, kami berdoa agar roh mendiang dicucuri rahmat.
Kami juga berdoa agar famili uncle JN akan tabah dan selalu diberkati.

Friday, November 5, 2010

LINDA MENANG BESAR

DUA pilihanraya kecil yang berlangsung kelmarin pasti akan menimbulkan pelbagai reaksi. Barisan Nasional dengan penilaiannya, PKR bersama perjuangan mereka dan SAPP yang bakal kembali merenung langkah politik tersendiri.
Kami pihak admin US banyak belajar dari semua itu. Dan akan terus cuba untuk lebih mantap lagi dalam perjalanan penuh liku ini. Demi tulun tokou....

LINDA MENANG BESAR

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Barisan Nasional (BN) merampas balik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan kemenangan selesa pada pilihan raya kecil yang diadakan serentak hari ini.

Dalam kemenangan berganda ini, BN juga mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah dengan majoriti dua kali ganda berbanding 2008.

BN juga mencatatkan majoriti berganda di kedua-dua kerusi Galas dan Batu Sapi.

Kemenangan dua pilihan raya kecil serentak ini dilihat memberi bayangan awal kemungkinan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat — kemungkinan tahun depan.

Dalam satu temu bual semalam, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menegaskan bahawa pihaknya bersedia untuk menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya umum ke-13.

Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff mendapat 5,324 iaitu 56 peratus manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menerima 4,134. Undi rosak serabanyak 132.

Undi diperoleh calon PAS kali ini kurang sekitar 200 undi. Berbanding 2008, jumlah pengundi baru dan peratusan keluar mengundi meningkat kali ini.

Abdul Aziz merekodkan majoriti 1,190 undi - hampir dua kali ganda berbanding kelebihan undi dicatatkan oleh PAS pada 8 Mac 2008.

Pada Mac 2008, kerusi itu ditawan oleh PAS dua tahun lalu — buat julung kali — dengan kelebihan 646 undi menerusi Che Hashim Sulaima.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Gua Musang.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian Che Hashim pada 27 September lalu akibat barah usus.

DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Seramai 9,555 pengundi atau 82.71 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Galas berbanding 81 peratus pada pilihan raya umum 2008.

Di Batu Sapi, keputusan diumumkan menunjukkan calon BN Datin Linda Tsen mempertahankan kerusi itu dengan kelebihan 6,359 undi, juga lebih besar berbanding dua tahun lalu yang diterima suaminya yang terbunuh awal bulan lalu.

Pada Mac 2008, suaminya Datuk Edmund Chong Ket Wah memperoleh majoriti 3,708 undi dengan menerima 9,479 undi.

Tsen memperoleh 9,773 undi untuk menewaskan dua pencabarnya Ansari Abdullah dari PKR yang mendapat 3,414 undi manakala Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee memperoleh 2,031 undi.

Jumlah keluar mengundi di Batu Sapi adalah seramai 15,774 orang iaitu bersamaan dengan 61.47 peratus. Undi rosak adalah sebanyak 372.

Penjumlahan undi itu dilakukan di Dewan Masyarakat Sandakan. THE MALAYSIAN INSIDER

Tuesday, September 14, 2010

US RAYA VISIT




UPKO Sepanggar, yang diketuai oleh Datuk Steven K Kutai telah memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri dengan melawat rumah-rumah kawan-kawan kita di Sepanggar sejak malam sebelum Hari Raya pada 10 September lalu.
Rumah pertama yang dikunjungi ialah kediaman KAN Haji Jalih Madlih di Kg Darau, Menggatal. Meskipun hujan turun renyai-renyai, namun rombongan yang terdiri daripada Setiausaha Wong Thien Fook, Ketua Pemuda Condrad Wong dan Ketua Komulakan Macmanus Sing cukup bersemangat sehingga tidak larat menjamu selera.
Malam itu sahaja, mereka menaiki dua rumah lagi iaitu kediaman Haji Mataim dan KK Haji Bullah Mail.
Turut serta dalam rombongan ialah dua naib US iaitu Albert Bingkasan dan Christopher Motogil, serta Christine Suter dari Komulakan.
(Foto akan di upload kemudian kerana sebab yang tidak dapat dielakkan ... kihooiiii. Nah, sdh upload foto 21sept2010... siou lambat)