Wednesday, June 2, 2010

KG RATAU KERING

FACEBOOK Upko Sepanggar telah mendapat mesej daripada Encik Pius Subil, salah seorang penduduk Kg Ratau, Menggatal minggu lalu. Beliau mengeluh kerana sudah dua tahun mereka tidak mendapat bekalan air daripada Jabatan Air.
Pihak admin US telah forward perkara itu kepada AJK Upko Sepanggar dan Datuk Steven Kutai telah meminta agar perkara itu disiasat serta merta. Justeru, pada jam 12.30ptg hari ini (Khamis, 3 Jun 2010), setiausaha Wong Thien Fook telah "busy body" berkunjung ke Ratau. Uncle Wong telah bertemu kawan veteran beliau, Selamat Gutung yang berkata, memang mereka tidak menerima air daripada kerajaan sejak sekian lama.
Uncle Wong juga mendapat tahu bahawa Ketua Kampung kini uzur, manakala Pengerusi JKKK selalu berada di luar kawasan dan jarang ada di Kg Ratau.
Yang menyedihkan lagi, Ratau selalu banjir tetapi mereka kekeringan air minum untuk menenangkan dahaga mereka.
Uncle Wong juga notis bahawa jalan masuk ke kampung itu melewati Kg Tebobon. Dan masyarakat Kg Ratau memohon agar jalan masuk alternatif, yang dibina semasa Datuk Steven masih ADUN segera diperbaiki.
"Kisah seperti ini bukanlah hanya di Kg Ratau, tetapi juga di beberapa kampung di Parlimen Sepanggar. Kita akan berusaha yang terdaya untuk membantu mencari serta memberikan penyelesaian yang terbaik," tegas Uncle Wong.


3 comments:

  1. Salam sejahtera..saya Mohammad Salleh Hj Abdullah, Pengerusi JKKK Kg Ratau ingin membuat feed back dr kenyataan ini.Pertama masalah air Kg Ratau, saya telah berulang kali berurusan dgn Jabatan air KK, berurusan dgn YB Jainab, DBKK..saya seringkali dijanjikan dgn bermcm2 cara utk menyelesaikan masalah ini, tetapi hasilnya amat-amat menghampakan. Jabatan air sendiri bila saya kemukakan permohonan air org kampung, pihak jabatan tidak mahu menyambung air dgn alasan orang kampung ramai tidak bermeter dan mencuri air. Paip yg ada sudah rosak dan pelbagai alasan lagi. Sebagai JKKK saya sudah mencuba sedaya upaya mengemukakan masalah ini di setiap kesempatan yg ada, dalam setiap perjumpaan antara PBT dan YB dan sebagainya. Saya sendiri sudah bosan dan marah kerana jawapannya adalah sama, tinggal lagi saya belum membawa pihak media utk menyelesaikan masalah ini.Mungkin org kampung tidak tau tentang ini kerana mereka menganggap saya selalu berada di luar kawasan, tetapi perlu diingat keluarga dan rumah saya sendiri berada di Ratau, dan setiap masalah mereka memang sentiasa saya sama-sama rasai..cuma masalahnya setakat mana lagi yg boleh saya buat?? cuba bagi cadangan..kalau setakat buat laporan pada YB, pada Ketua Bahagian, pada pihak PBT, semua sudah saya buat..surat juga berlambak ada dengan saya sebagai bukti. Tentang jalan yang perlu diperbaiki juga saya ingin beri feed back..seperti kata saya tadi, semua sudah dibuat, diminta, diajukan..dr jalan yg rosak, hinggalah balairaya, masalah air, parit, tetapi apabila ada pembaikan balairaya, hasilnya kurang sempurna, rosak sana, rosak sini.. tetapi perlu diingat pihak kontraktor bukan dipilih atau dibayar oleh saya. Saya hanya dapat memantau sahaja.Setakat mana saja 'kuasa' saya sebagai JKKK kalau org yg lebih 'atas' memandang sepi... Think abt it :)

    ReplyDelete
  2. Rocky Mabin: kalau gitu mau kena lapor pii JKKK pas tu biar JKKK lapor pii UPKR untuk tindakan selanjutnya. Tq for your info. Untuk maklumat lanjut ...sila hubungi 088.385655 (o) untuk di sambung ke pej UPKR untuk memaklumkan masalah tersebut serta kedudukan kawasan yg dimaksudkan. Tq
    June 7 at 4:22pm

    ReplyDelete
  3. Mari buat tindakan susulan kalau belum. Kalau sudah TAHNIAH kepada yang berusaha.........
    BEGINILAH SALAHSATU PERJUANGAN upko SEPANGGARKAN???????
    "FACEBOOK Upko Sepanggar telah mendapat mesej daripada Encik Pius Subil, salah seorang penduduk Kg Ratau, Menggatal minggu lalu. Beliau mengeluh kerana sudah dua tahun mereka tidak mendapat bekalan air daripada Jabatan Air"

    ReplyDelete