Thursday, April 15, 2010

DARAH SETITIK

AJK Kempen menderma darah yang diketuai oleh Frieda P Polodo
(duduk, tengah) yang telah melakukan apa terdaya untuk memastikan
kempen pada 24 April itu nanti akan berjaya memberikan walau setitik
harapan kepada yang memerlukan terutama pesakit Thalasemia.

UNITED PASOKMOMOGUN KADAZANDUSUN MURUT ORGANIZATION
BAHAGIAN SEPANGGAR
Tingkat 1, Lot 26, Blok F, Inanam Newtownship Phase 2
88450 Kota Kinabalu
Tel & Fax : 088 432760
UPKO / P.171 / S / 500 – 04
25hb Mac 2010

Kepada Semua
Ahli-Ahli UPKO
UPKO Bahagian Sepanggar

U/P :___________________________________

Tuan / Puan / Cik,

JEMPUTAN KE KEMPEN DERMA DARAH
ANJURAN PERGERAKAN WANITA UPKO SEPANGGAR

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pergerakan Wanita UPKO Sepanggar akan menganjurkan Kempen Derma Darah pada
24hb April 2010 (Sabtu) bermula jam 10.30 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Ruang Legar GIANT Supermarket, Kolombong, Inanam.

Kempen Derma Darah ini telah dianjurkan bersama dengan Unit Tabung Darah, QEH dan Persatuan Thalasaemia Sabah bagi tujuan mengutip darah untuk mengisi Tabung Darah di Queen Elizabeth Hospital dan juga untuk membantu keperluan penambahan darah kepada para pesakit Thalasaemia. (sila rujuk kepada risalah yang dikepilkan bersama mengenai dengan dengan penyakit Thalasaemia)

Sehubungan dengan kempen ini, saya bagi pihak Jawatankuasa Penganjur ingin menjemput Tuan / Puan / Cik agar dapat sama menjemput kepada kawan-kawan dan sahabat handai untuk tampil ke hadapan untuk menderma darah bagi menjayakan usaha murni ini.

Sekian, kerjasama serta perhatian Tuan / Puan / Cik untuk menyertai dalam program ini didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

“HARAPAN 1MALAYSIA” & “SETITIK DARAH, SEJUTA HARAPAN”

Yang menjalankan tugas,

( WONG THIEN FOOK )
Setiausaha bahagian

s.k. YBhg. Datuk Steven K. Kutai, Ketua Bahagian Penaja UPKO Sepanggar
s.k. Puan Frieda P. Polodo, Pengerusi Penganjur Kempen Derma Darah

APAKAH ITU PENYAKIT TALASEMIA (THALASAEMIA) ?

Talasemia (bahasa Inggeris – Thalasaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari ibu bapa kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit Talasemia berasa lesu, tidak bermaya dan mungkin sesak nafas sekiranya paras Hb semakin menurun. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

JENIS TALASEMIA

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu :-

· Talasemia minor – merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen Talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda Talasemia atau pembawa

· Talasemia major – merujuk kepada mereka yang mempunyai baka Talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda Talasemia

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT TALASEMIA

· Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan;

· Tubuh pucat, lemah dan gelisah;

· Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas;

· Perut buncit disebabkan bengkak kepada hati dan limpa;

· Perubahan pembentukan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal (tanda lewat)

RAWATAN PENYAKIT TALASEMIA

· Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan;

· Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut;

· Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine;

· Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

No comments:

Post a Comment