Wednesday, June 2, 2010

KAAMATAN VISIT

TANGGAL 27-28 Mei 2010, ramai ahli Upko Sepanggar telah turut memeriahkan Kaamatan Upko Nasional di Keningau. Acara kemuncak yakni Sungadoi dan Unduk Ngadau mendapat sambutan yang sangat baik.
Sekembalinya ke Inanam, beberapa pemimpin diketuai oleh Ketua Upko Sepanggar, Datuk Steven K Kutai telah merancang untuk melawat beberapa kawan-kawan yang tidak begitu sihat. Justeru, pada 31 Mei 2010, mereka bertandang ke kediaman Stanis Boidis di Kg Bantayan dan Sikuil Gunsit di Kg Kolosunan. Mereka mengalami angin ahmar namun kini beransur sembuh.
Gambar atas dan tengah ketika di rumah Sikuil, sementara gambar ketiga di kediaman Stanis. Datuk Steven tidak berkesempatan melawat kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Kumpulan itu lalu di ketuai oleh Setiausaha Wong Thien Fook bersama Christopher Motogil, Albert Bingkasan dan Komulakan Christine Suter.
"Mungkin ini adalah antara pengisian terbaik perayaan Tadau Kaamatan kita tahun ini," kata Wong sambil memandu kenderaan pacuan 4roda beliau mendaki cerun curam di Kolosunan.

1 comment:

  1. Blessed are they who visit the sick to share their joy, and Woe unto those who complain about goodwill visits....which they claim should have been done 20 years ago... certainly a strange suggestion never meant for themselves.

    ReplyDelete