Tuesday, May 18, 2010

KOTOBIAN

PestaTadau Kaamatan Upko Sepanggar akan bermula pada jam 6 petang (dan bukan jam 2 seperti berita awal) pada 22 Mei dengan akhir Sugandoi serta makan malam dan acara kemuncak Unduk Ngadau di New Gaya Seafood Restaurant... 088-432760. Register, saringan awal Sugandoi, Unduk Ngadau mula jm 2pm pada Rabu, 19Mei juga di tempat yang sama....KOTOBIAN TADAU TAGAYO KAAMATAN

Tuesday, May 11, 2010

NORIKOT NODI BULAN LIMA

Pesta Tadau Kaamatan Upko Sepanggar akan bermula pada jam 6 petang (dan bukan jam 2 seperti berita awal) dengan pertandingan akhir Sugandoi serta makan malam dan acara kemuncak Unduk Ngadau di New Gaya Seafood Restaurant... Mohon amat sangat sokongan untuk membeli tiket makan malam. Semangat Tadau Kaamatan sejati.... KLIK

Friday, May 7, 2010

(TERKINI) TABAHKAN HATI

Warga Kionsom, Lester Chong, 14, telah terkorban dlm banjir di Sg Kionsom
kelmarin (9Mei). Tubuh beliau di temui pagi tadi (10Mei). Difahamkan beliau melintasi
jambatan konkrit di Kionsom sebelum tergelincir lalu hanyut semasa
banjir. mari ambil iktibar dari kesedihan ini. doa saya utk keluarga
Lester dan Millia Karat, seorang lagi mangsa banjir hujung minggu
lalu...siou (posting dari fb uncle Albert Bingkasan)

DENGAN penuh dukacita, kami admin Upkosepanggar ingin memaklumkan bahawa tubuh Millia Binti Karat telah ditemui di Kampung Malaka jam 11 pagi tadi (Sabtu). Bagi pihak Upko Sepanggar, kami mengucapkan takziah kepada Somia dan keluarga. Mari berdoa agar kita semua beroleh keinsafan serta renungan dalam kita turut serta menangisi pemergian ini....


Millia Bte Karat dari Kionsom Kecil telah keluar menoreh getah pada Khamis lalu. Saudara maranya menyedari beliau tidak kembali ke rumah sehingga larut malam. Pihak polis dan bomba telah membantu mencari namun usaha murni itu dihentikan pada jam 6ptg tadi (Jumaat), dan akan disambung esok.
Ketua Upko Sepanggar, Datuk Steven K Kutai telah meluangkan masa meninjau usaha mencari di Kg Kiambalang, Inanam. Beliau berpesan kepada saudara mara Millia, termasuklah Somia (kiri) untuk bersabar dan berdoa.
Upko Sepanggar turut serta mempercayakan Millia kepada Yang Maha Esa.

Tuesday, May 4, 2010

(TERKINI) KAAMATAN UPKO SEPANGGAR


DOMPOK AKAN RASMI KAAMATAN UPKO SEPANGGAR


INANAM, 5 Mei 2010: Tan Sri Bernard Dompok akan memeriahkan lagi perayaan Tadau Kaamatan Upko Sepanggar 2010 pada 22 Mei ini.

Presiden Upko itu akan merasmikan pesta itu, sekali gus menyaksikan pertandingan akhir Sugandoi serta Unduk Ngadau, kata Pengerusi Penganjur, Albert Bingkasan (gambar).

“Kami merasa terharu dan sangat berterima kasih dengan kesudian Tan Sri Presiden meluangkan masa bersama kami di Sepanggar. Kehadiran beliau pasti akan menjadikan Tadau Kaamatan lebih meriah dan bermakna,” tambah beliau.

Pesta itu akan bermula pada jam 6 petang (dan bukan jam 2 seperti berita awal) dengan akhir Sugandoi serta makan malam dan acara kemuncak Unduk Ngadau di New Gaya Seafood Restaurant.

“Setakat ini, sambutan untuk Sugandoi dan Unduk Ngadau sangat baik seperti yang kami jangkakan,” kata Bingkasan, sambil menambah, selain mendapat hadiah lumayan, para pemenang kedua-dua acara ini akan mewakili Upko Sepanggar ke Pesta Tadau Kaamatan Upko Nasional di Keningau pada 28-29 Mei nanti.

Peringkat awal pertandingan itu akan bermula jam 2 petang pada 19 Mei juga di tempat yang sama.

Bingkasan menerangkan sesuai dengan semangat Tadau Kaamatan iaitu merayakan pengorbanan Huminodun serta merayakan hasil tuaian, pihak penganjur sudah pun mula menjual tiket makan malam.

Keterangan lanjut boleh didapati di Pejabat Upko Sepanggar (088-432760), blog http://upkosepanggar.blogspot.com atau facebook UpkoSepanggar, manakala borang-borang masih boleh diambil di kedai Zoom Enterprise Inanam, Turning Point Unisex Saloon, Menggatal serta Sing Store, Telipok.

Monday, May 3, 2010

DERMA DARAH APRIL

24 April 2010
Lebih 70 orang mendaftar
Datuk Steven K Kutai (DSKK), Ketua Upko Sepanggar mendahului
Iklas ingin menderma
Demi setitik harapan, untuk pesakit Thalassemia
Akhirnya, 30 orang dibenarkan menderma
Kami Upko Sepanggar ingin memanjatkan doa
Terberkatilah para donor semua
Termasuk yang berniat iklas dan jujur
Terima kasih juga kepada jawatankuasa penganjur
Kepada semua yang terlibat
Demi setitik harapan....

Tuesday, April 20, 2010

TAHNIAH

Anak Sheikh
Tahniah kepada UPKO Spanggar..menggunakan FB secara yg sepatutnya..berbeza dgn parti2 "BESAR" yang lain..meniggunakan FB untuk memfitnah dan menyebarkan berita2 yang tidak sepatutnya didedahkan kepada masyarakat..untuk kempen yang mulia ini..pujian yg tidak terhingga saya berikan kepada warga UPKO Sepanggar yg terlibat..semoga TUHAN sahaja yg dapat membalas segala kebaikan yg diberikan..


(Meski pun baru setahun jagung, blog serta facebook
UpkoSepanggar sudah membuahkan pelbagai
pengalaman serta persoalan baru. Yang terbaru ialah
komen di atas. Kami budak baru belajar....)

Thursday, April 15, 2010

DARAH SETITIK

AJK Kempen menderma darah yang diketuai oleh Frieda P Polodo
(duduk, tengah) yang telah melakukan apa terdaya untuk memastikan
kempen pada 24 April itu nanti akan berjaya memberikan walau setitik
harapan kepada yang memerlukan terutama pesakit Thalasemia.

UNITED PASOKMOMOGUN KADAZANDUSUN MURUT ORGANIZATION
BAHAGIAN SEPANGGAR
Tingkat 1, Lot 26, Blok F, Inanam Newtownship Phase 2
88450 Kota Kinabalu
Tel & Fax : 088 432760
UPKO / P.171 / S / 500 – 04
25hb Mac 2010

Kepada Semua
Ahli-Ahli UPKO
UPKO Bahagian Sepanggar

U/P :___________________________________

Tuan / Puan / Cik,

JEMPUTAN KE KEMPEN DERMA DARAH
ANJURAN PERGERAKAN WANITA UPKO SEPANGGAR

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pergerakan Wanita UPKO Sepanggar akan menganjurkan Kempen Derma Darah pada
24hb April 2010 (Sabtu) bermula jam 10.30 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Ruang Legar GIANT Supermarket, Kolombong, Inanam.

Kempen Derma Darah ini telah dianjurkan bersama dengan Unit Tabung Darah, QEH dan Persatuan Thalasaemia Sabah bagi tujuan mengutip darah untuk mengisi Tabung Darah di Queen Elizabeth Hospital dan juga untuk membantu keperluan penambahan darah kepada para pesakit Thalasaemia. (sila rujuk kepada risalah yang dikepilkan bersama mengenai dengan dengan penyakit Thalasaemia)

Sehubungan dengan kempen ini, saya bagi pihak Jawatankuasa Penganjur ingin menjemput Tuan / Puan / Cik agar dapat sama menjemput kepada kawan-kawan dan sahabat handai untuk tampil ke hadapan untuk menderma darah bagi menjayakan usaha murni ini.

Sekian, kerjasama serta perhatian Tuan / Puan / Cik untuk menyertai dalam program ini didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

“HARAPAN 1MALAYSIA” & “SETITIK DARAH, SEJUTA HARAPAN”

Yang menjalankan tugas,

( WONG THIEN FOOK )
Setiausaha bahagian

s.k. YBhg. Datuk Steven K. Kutai, Ketua Bahagian Penaja UPKO Sepanggar
s.k. Puan Frieda P. Polodo, Pengerusi Penganjur Kempen Derma Darah

APAKAH ITU PENYAKIT TALASEMIA (THALASAEMIA) ?

Talasemia (bahasa Inggeris – Thalasaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari ibu bapa kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit Talasemia berasa lesu, tidak bermaya dan mungkin sesak nafas sekiranya paras Hb semakin menurun. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

JENIS TALASEMIA

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu :-

· Talasemia minor – merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen Talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda Talasemia atau pembawa

· Talasemia major – merujuk kepada mereka yang mempunyai baka Talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda Talasemia

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT TALASEMIA

· Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan;

· Tubuh pucat, lemah dan gelisah;

· Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas;

· Perut buncit disebabkan bengkak kepada hati dan limpa;

· Perubahan pembentukan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal (tanda lewat)

RAWATAN PENYAKIT TALASEMIA

· Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan;

· Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut;

· Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine;

· Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.